Honor 8X Max Disahkan Sokong Skrin 7.12″ Dengan Rekaan Takuk Kecil Mirip Essential Phone Comments Off on Honor 8X Max Disahkan Sokong Skrin 7.12″ Dengan Rekaan Takuk Kecil Mirip Essential Phone

Honor sebelum ini telah mendedahkan tarikh pelancaran model pengganti Honor 7X di China pada 5 September nanti dengan penawaran dua varian berbeza iaitu Honor 8X dan juga Honor 8X Max. Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat berhubung spesifikasi kedua-dua varian ini berjaya didedahkan.

Nampaknya teka-teki berhubung model terbaru ini berjaya dirungkai sebelum ia dilancarkan secara rasmi, setelah imej promosi Honor 8X Max mula tertiris di Internet. Malah penjual atas talian terbesar di China iaitu JD.com dilihat turut menyenaraikan Honor 8X Max di dalam laman sesawangnya.

Melalui imej promosi itu, beberapa spesifikasi dan ciri-ciri awal Honor 8X Max telah berjaya disahkan seperti berikut:

  • Skrin 7.12 inci dengan rekaan takuk kecil untuk menempatkan kamera hadapan
  • Memiliki saiz kerangka bersamaan dengan peranti 6.3 inci dan nisbah skrin-ke-kerangka lebih 90%
  • Menyokong speaker stereo dengan teknologi audio Dolby Atmos
  • Dilengkapi teknologi pengecasan pantas 9V2A (18W)
  • Sokong port microUSB dengan fungsi USB OTG
  • Kombinasi memori 4GB + 64GB telah disahkan
  • Bicu audio 3.5mm masih dikekalkan pada bahagian bawah kerangka
  • Berukuran 177.6 x 86.3 x 8.1mm
  • Berat mencecah sehingga 210g
  • Hadir dalam tiga warna iaitu hitam, merah dan biru

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend