Honor 8X Akan Dilancarkan Dengan Dua Varian Pada 5 September Comments Off on Honor 8X Akan Dilancarkan Dengan Dua Varian Pada 5 September

Honor mengesahkan 5 September depan ialah tarikh pelancaran Honor 8X di China. Poster acah menunjukkn dua varian akan diperkenalkan iaitu Honor 8X dan Honor 8X Max. Varian Max ialah sebuah tablet, jadi saiz skrin-nya juga lebih besar berbanding Honor 8X yang mana sebuah telefon pintar.

Melalui ujian penanda aras GeekBench, Honor 8X didatangkan dengan pemproses Kirin 710. Peranti ini juga dikatakan akan mendukung fungsi dan ciri AI untuk kamera seperti Super Night Mode, Elevator Mode, dan GPU Turbo. Menariknya, kedua-dua peranti ini akan membawa tanda harga yang sangat sedap didengar dan jika dilancarkan di Malaysia nanti sudah tentu ia mampu dimiliki.

Honor 8X dipadankan dengan skrin FHD+ dengan berat dalam 210g. Manakala, Honor 8X Max tampil dengan skrin 7.1-inci dengan bateri sebesar 4,900mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Kedua-dua peranti dikuasakan memori 4GB RAM dan 64GB storan disamping versi 128GB. Kelengkapan lain ialah sistem dwi kamera 16MP + 2MP yang dijana Android 8.1 Oreo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend