HONOR 8S Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di HONOR Experience Store Pada Harga RM399 Comments Off on HONOR 8S Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di HONOR Experience Store Pada Harga RM399

Pada April yang lepas, HONOR telahpun melancarkan telefon pintar mampu milik iaitu model HONOR 8S untuk pasaran di Rusia. Kini dalam diam-diam HONOR Malaysia akhirnya sudah mengumumkan ketersediaan peranti bajet itu untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM399 di semua kedai fizikal HONOR Experience Store di seluruh negara.

Ditawarkan dalam warna biru dan hitam, HONOR 8S dikuasakan oleh cipset empat teras berkelajuan 2.0GHz daripada Helio A22, dioperasikan dengan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga kombinasi memori 2GB + 32GB. Ruang storan boleh dibesarkan lagi dengan sokongan slot kad microSD berasingan mencecah sehingga 512GB.

HONOR 8S juga hadir dengan paparan skrin FullView Dewdrop berukuran 5.71 inci HD+ (1520 x 720 piksel) yang diiktiraf oleh TÜV Rheinland, bateri berkapasiti 3020mAh, kamera depan 5MP, dan juga kamera utama beresolusi 13MP dengan aperture f/1.8.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend