Honor 8S Dengan Sokongan Helio A22, Skrin 5.71″ HD+ dan EMUI 9.0 Kini Rasmi Di Rusia Comments Off on Honor 8S Dengan Sokongan Helio A22, Skrin 5.71″ HD+ dan EMUI 9.0 Kini Rasmi Di Rusia

Honor baru-baru ini telah hadir satu lagi telefon pintar mampu milik terbaharunya untuk pasaran Rusia dengan pelancaran model Honor 8S. Disasarkan untuk segmen peranti kelas permulaan, Honor 8S menampilkan sokongan spesifikasi yang dilihat mampu memenuhi keperluan asas.

Dikuasakan dengan cipset MediaTek MT6761 atau lebih dikenali sebagai Helio A22, Honor 8S diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 2GB + 32GB. Panel depan peranti ini tersedia dengan skrin sebesar 5.71 inci HD+ (1520 x 720 piksel), dan kamera depannya yang beresolusi 5MP ditempatkan pada rekaan takuk yang kecil.

Menariknya rekaan panel belakang Honor 8S yang diperbuat daripada polikarbonat ini tampil dengan kemasan unik yang menampilkan dua kemasan permukaan yang berbeza. Pada bahagian ini turut menempatkan kamera utama beresolusi 13MP (f/1.8) dengan LED flash, dan juga dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3020 mAh.

Honor 8S tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu emas, biru atau hitam, dan ia dijual pada harga RUB8,490 iaitu kira-kira RM542 untuk pasaran Rusia.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] 8 Ciri Menarik Yang Terdapat Pada Honor 8C

Honor 20 Lite Akan Mula Dijual Pada Harga RM949 Secara Eksklusif Di Shopee Bermula 22 April 2019

HONOR Malaysia Mengumumkan Program Penukaran Bateri RM99 Untuk 10 Model Terpilihnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend