Honor 8C Kini Rasmi Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh dan Dwi Kamera, Berharga RM599 Comments Off on Honor 8C Kini Rasmi Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh dan Dwi Kamera, Berharga RM599

Hari ini Honor Malaysia dengan rasminya telah melancarkan model mampu milik terbaharunya iaitu Honor 8C untuk pasaran tempatan.

Honor 8C telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 632, dioperasikan oleh EMUI 8.2 (Android 8.1 Oreo), menyokong memori 3GB + 32GB, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

Tersedia dengan skrin 6.26 inci FullView Display HD+ yang turut menempatkan kamera swafoto 8MP serta lampu LED cahaya lembut, dan juga fungsi emoji berasaskan AR.

Manakala penggambaran utamanya pula tersedia dengan dwi kamera beresolusi 13MP + 2MP (f/1.8) yang mampu mengenalpasti 500 senario dalam 22 kategori berbeza.

Honor 8C dalam warna biru dan hitam akan ditawarkan secara eksklusif untuk pra-tempah di Lazada bermula 27 Mac 2019 pada harga RM599. Sempena ulang tahun Lazada, 1000 pembeli terawal Honor 8C akan turut menerima stiker catbassador dan juga beg tote secara percuma.

Manakala Honor 8C dalam warna hitam, biru dan emas akan mula dijual di kedai fizikal Honor, HiHonor.com.my, dan kedai rasmi Honor di Shopee bermula 1 April 2019 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend