Honor 8C Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Bateri 3900 mAh Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 11 Oktober Comments Off on Honor 8C Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Bateri 3900 mAh Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 11 Oktober

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Huawei akan melancarkan siri Mate 20 yang paling dinanti-nantikan pada 16 Oktober nanti. Nampaknya pada bulan yang sama, Honor juga akan turut mengumumkan model baharunya dengan kemunculan Honor 8C yang telah dijadualkan pada 11 Oktober.

Berdasarkan ketirisan poster pelancaran Honor 8C, model ini dilihat telah menerima sentuhan skrin moden 19:9 dengan rekaan takuk pada paparan berukuran 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel). Dengan dimensi kerangka 158.72 x 75.94 x 7.98mm dan berat 162g, Honor 8C menyokong kapasiti bateri sebesar 3900 mAh.

Memandangkan Honor 8C diperkenalkan selepas tujuh bulan model Honor 7C dilancarkan pada Mac lalu, kebanyakan spesifikasi yang disokong adalah tidak begitu jauh berbeza. Antaranya adalah sokongan pemproses lapan teras berkelajuan 1.8GHz, dwi kamera utama 13MP + 2MP, dan juga kamera hadapan 8MP.

Buat masa ini tiada harga didedahkan tetapi Honor 8C dengan sokongan Android 8.1 Oreo ini akan didatangkan dalam dua varian iaitu 4GB + 32GB ataupun 4GB + 64GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend