Honor 8A Kini Rasmi Dengan Paparan Bertakuk Kecil, MediaTek Helio P35 Comments Off on Honor 8A Kini Rasmi Dengan Paparan Bertakuk Kecil, MediaTek Helio P35

Minggu lalu, Honor mengesahkan pelancaran Honor 8A pada 8 Jan (esok) di China. Bagaimanapun, hari ini syarikat tersebut telahpun memuat naik spesifikasi peranti berkenaan ke laman Vmall terlebih dahulu. Menurut senarai, peranti ini dilengkapi paparan bersaiz 6.09-inci dengan rekaan takuk titisan air.

Paparan skrin turut menawarkan resolusi HD+ 1560 x 720p dengan padanan kerangka badan logam serta panel badan plastik (polikarbonat). Honor 8A diletakkan di bawah kelas pertengahan, ia dikuasakan cipset MediaTek Helio P35 (12nm), memori RAM 3GB serta 32GB atau 64GB storan. Seperti biasa, terdapat slot untuk kad microSD.

Bateri pula adalah sebesar 3,020mAh yang mana membawakan sistem pengecasan standard 5W (5V/1A). Bahagian kamera belakang pula menggunakan sensor tunggal 13MP f/1.8 dengan LED flash, sementara kamera depan 8MP f/2.0.

Melengkapkan peranti, Honor 8A menyokong fungsi dwi SIM, sambungan 4G VoLTE, sambungan microUSB, dan bicu audio 3.5mm. Ia juga dioperasikan sistem antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Harga yang disyorkan adalah bermula CNY799 (~RM478) seunit untuk pasaran China. Antara pilihan warna yang disediakan adalah Magic Night Black, Aurora Blue, dan Platinum Gold.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend