Honor 8A Dengan Skrin 6.09 Inci HD+ Dan EMUI 9.0 Akan Dilancarkan Pada 8 Januari 2019 Comments Off on Honor 8A Dengan Skrin 6.09 Inci HD+ Dan EMUI 9.0 Akan Dilancarkan Pada 8 Januari 2019

Honor 7A sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada April tahun lepas, dan hari ini Honor dilihat telah menjadualkan pelancaran model penggantinya menjelang 8 Januari nanti.

Berbeza dengan generasi sebelum ini, Honor 8A bakal menampilkan saiz skrin yang lebih besar dengan sokongan rekaan takuk jenis titisan air. Melalui perkongsian yang diperolehi di laman TENAA, model baharu ini akan menyokong skrin berukuran 6.09 inci dengan resolusi HD+ (1560 x 720 piksel).

Ia juga dilaporkan akan dikuasakan dengan CPU lapan teras berkelajuan 2.3GHz. Manakala untuk konfigurasi memorinya pula, Honor 8A telah disahkan menyokong ruang storan sebesar 64GB dengan jangkaan RAM berkapasiti 3GB.

TENAA juga turut mengesahkan penawaran kamera utama beresolusi 13MP dan juga kamera swafoto 8MP, serta dijana oleh bateri berkapasiti 2920 mAh. Berdasarkan imej yang diperolehi, Honor 8A tidak memiliki sensor pengimbas cap jari dan ia dipercayai hadir dengan fungsi pengecaman wajah.

Honor 8A yang memiliki kerangka berukuran 156.28 x 73.5 x 8mm dengan berat 150g ini akan dioperasikan dengan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan dipercayai tersedia dalam empat warna iaitu hitam, merah, emas dan biru.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend