Honor 7S Kini Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM379 Comments Off on Honor 7S Kini Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM379

Tidak sampai sebulan honor Malaysia melancarkan model mampu milik terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan model honor 7A, kini satu lagi model yang lebih mampu milik diperkenalkan untuk pengguna di negara ini iaitu honor 7S atau lebih dikenali sebagai honor Play 7 di China.

honor 7S dilihat masih mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti honor 7A dengan sokongan paparan skrin bernisbah 18:9. Namun begitu, sokongan spesifikasinya sedikit rendah rendah dengan harga jualan yang lebih murah. Dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6739, ia telah dioperasikan dengan antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android 8.1 Oreo dan juga kombinasi ruang storan 16GB serta RAM 2GB.

honor 7S tampil dengan paparan skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel), kamera utama 13 Megapiksel (PDAF), kamera hadapan 5 Megapiksel dengan sokongan LED Flash, bateri berkapasiti 3020 mAh, dan juga dilengkapi dengan tiga slot kad berasingan. Peranti mampu milik terbaru dari honor ini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu emas dan juga hitam.

Pra-tempah honor 7S sudahpun boleh dibuat secara eksklusif melalui kedai rasmi honor di Lazada bermula hari ini, dan penerimaan model ini dijangka bermula pada 4 Julai 2018 nanti. Lebih istimewanya, setiap pra-tempah honor 7S akan turut menerima kad memori microSD SanDisk Ultra secara percuma.

Pra-tempah honor 7S secara eksklusif di: Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend