HONOR 30S Dilancarkan Di China – Kirin 820 5G, Kuadkamera, SuperCharge 40W Comments Off on HONOR 30S Dilancarkan Di China – Kirin 820 5G, Kuadkamera, SuperCharge 40W

HONOR 30S sah menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan SoC Kirin 820 5G selepas HONOR melancarkan telefon itu secara rasmi hari ini. HONOR 30S ialah peranti kelas pertengahan yang menawarkan sokongan 5G pertama daripada HONOR.

Baca: Kirin 820 5G Dengan 7nm Cortex-A76 Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 765G

HONOR 30S hadir dengan paparan IPS LCD 6.5-inci FHD+ dengan kamera berlubang pada skrin. Selain kamera swafoto 16MP pada skrin, di tepi kerangka telefon ini juga dilengkapi pengimbas cap jari.

Sementara di belakang, HONOR 30S tampil dengan modul kamera segi empat yang menyusunkan sensor kamera 64MP utama + 8MP telefoto 3x zum optikal + 8MP ultralebar + 2MP kedalaman. Lensa telefoto itu dikatakan mampu mengezum lebih jauh melalui teknologi 20x hibrid.

Selain dikuasakan cipset yang dikatakan berupaya menandingi Snapdragon 765G, Kirin 820 5G juga ditemani dengan memori yang agak besar iaitu 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Peranti ini menjalankan sistem operasi Magic UI 3.1.1 berasaskan Android 10 dan kali ini tanpa GMS.

HONOR 30S dimuatkan bateri sebesar 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W SuperCharge. Peranti tiba dengan empat pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, dan warna gradien baharu.

Di China, HONOR 30S ditawarkan pada harga CNY2399 (~RM1453) untuk varian 8GB+128GB dan CNY2699 (~RM1635) untuk varian 8GB+256GB yang kedua-duanya dibuka untuk tempahan bermula 7 April ini.

Bagaimanapun tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar China buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend