HONOR 30 Pro+ Dilancarkan Dengan Kamera 50MP, Lensa Periskop, Paparan 90Hz, Kirin 990 5G Comments Off on HONOR 30 Pro+ Dilancarkan Dengan Kamera 50MP, Lensa Periskop, Paparan 90Hz, Kirin 990 5G

Seperti yang dijadualkan, HONOR 30 Pro+ akhirnya diperkenalkan secara rasmi sebentar tadi bersama dua lagi model iaitu HONOR 30 Pro dan HONOR 30.

Baca: HONOR 30 Pro Dan 30 Turut Dilancarkan – Ada Lensa Periskop, Paparan OLED, Kirin 990 5G

HONOR 30 Pro+ dilengkapi paparan AMOLED 6.57-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz yang kini dilihat sebagai standard bagi telefon kelas mercu pada tahun ini. Peranti juga mempunyai skrin melengkung dan kamera berlubang pada bucu atas paparan.

Peranti HONOR kali ini tampak segar dengan adanya logo jenama terpampang besar di panel belakang. Ia juga menampilkan modul kamera yang menyediakan lensa kamera utama 50MP IMX700, lensa periskop 8MP dengan zum optikal 5x dan zum digital sehingga 50x. Kamera ketiga ialah lensa ultralebar 16MP manakala lensa keempat ialah 2MP kedalaman untuk kesan bokeh pada gambar.

HONOR 30 Pro+ hadir dengan dwikamera swafoto 32MP dan 8MP ultralebar. Peranti dijana cip pemproses Kirin 990 5G yang digandingkan bersama memori 8GB atau 12GB berserta storan seluas 256GB. Bateri pula dimuatkan dengan kapasiti 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W manakala pengecasan tanpa wayar pula berkelajuan 27W.

HONOR 30 Pro+ didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau, dan kelabu pada harga seunit bermula CNY4999 (~RM3079) untuk 8GB+256GB dan varian 12GB+256GB dijual pada harga CNY5499 (~RM3387).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend