HONOR 20 Pro Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan, Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 17 Ogos Comments Off on HONOR 20 Pro Habis Terjual Pada Hari Pertama Jualan, Akan Dijual Secara Rasmi Bermula 17 Ogos 332

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua unit HONOR 20 Pro telah habis terjual pada hari pertama di hihonor.com/my dan juga kedai rasmi HONOR di Shopee. Melalui jualan pertama atas talian itu, kesemua pembeli akan turut menerima HONOR Band 3 dan juga HONOR FlyPods Lite secara percuma.

Bagi yang terlepas untuk menjadi antara yang terawal memilikinya, HONOR 20 Pro akan mula dijual secara rasmi di kedai fizikal semua HONOR Experience Stores (HES), dan juga kedai di seluruh negara bermula 17 Ogos 2019. Dijual pada harga RM2299, pembelian HONOR 20 Pro akan turut menerima hadiah percuma seperti berikut:

  • Beg bagasi premium
  • HONOR mini Bluetooth Speaker
  • HONOR Tripod Selfie Stick

Bersempena dengan kempen promosi Merdeka, setiap pembelian HONOR 20 Pro akan turut berpeluang menerima hadiah percuma melalui aktiviti ‘tikam’ yang menawarkan sehingga 10,000 hadiah menarik, termasuklah HONOR Band 4, HONOR Band 4 Running, kotak hadiah HONOR dan banyak lagi.

Menariknya, pemilik HONOR 20 Pro juga boleh menikmati tawaran diskaun sebanyak 50% untuk pembelian air minuman edisi terhad ‘Capture Wonder’ di mana-mana cawangan The Alley. Promosi minuman edisi terhad yang menggabungkan antara teh hijau dan jus buah peach ini sah sehingga 14 September 2019.

Baca juga:

HONOR 20 Pro Akan Dijual Di Malaysia 15 Ogos Ini Pada Harga RM2,299

HONOR Malaysia Bekerjasama Dengan The Alley Untuk Lancar Minuman Edisi Terhad ‘Capture Wonder’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend