HONOR 20 Pro Dan HONOR 20 Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun RM300 – 19 Hingga 31 Oktober 2019 Comments Off on HONOR 20 Pro Dan HONOR 20 Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun RM300 – 19 Hingga 31 Oktober 2019

Bersempena meraikan perayaan ‘Halloween’ yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2019 nanti, HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan promosi ‘Treat & Treat’ untuk siri HONOR 20 bersempena dengan ‘Tawaran Istimewa Halloween’.

Bermula 19 Oktober hingga 31 Oktober 2019, pengguna yang membuat pembelian HONOR 20 Pro atau HONOR 20 akan menerima diskaun sebanyak RM300. Ini bermakna anda boleh memiliki HONOR 20 Pro pada harga RM1,999 (RM2,299), manakala HONOR 20 pula dijual pada harga RM1,399 (RM1,699).

HONOR Malaysia sebelum ini turut memperkenalkan HONOR 20 Pro dalam warna istimewa – ‘Icelandic Frost’ yang dijual bermula 21 September lalu.

Untuk menikmati tawaran istimewa tempoh terhad ini, anda boleh membuat pembelian di hihonor.com.my, HONOR Experience Stores (HES), dan juga kedai HONOR yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi HONOR 20 Pro dan HONOR 20:

  • Magic UI 2.1.0 (Android 9.0 Pie)
  • Dwi slot kad nano SIM
  • Kirin 980 + Dual NPU (7nm)
  • 8GB + 256GB (HONOR 20 Pro) / 6GB + 128GB (HONOR 20)
  • 6.26 inci IPS LCD FullView Display FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama HONOR 20 Pro: 48MP + 16MP (Ultra Wide) + 8MP (Telephoto) + 2MP (Macro)
  • Kamera utama HONOR 20: 48MP + 16MP (Ultra Wide) + 2MP (Depth) + 2MP (Macro)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0, 3D Portrait Lighting)
  • 4000mAh (HONOR 20 Pro) / 3750mAh (HONOR 20)
  • HONOR SuperCharge 22.5W
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB-C

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 20 Pro – Kelebihan Dan Kekurangan Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Peranti Ini?!

Menangi HONOR 20, HONOR 10 Lite Dan HONOR Band SS Melalui #DayNight Photography Contest

HONOR 9X Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Anda Berpeluang Jadi Yang Terawal Mencubanya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend