HONOR 20 Pro Dalam Warna ‘Icelandic Frost’ Akan Dijual Bermula 21 September Pada Harga RM2,299 Comments Off on HONOR 20 Pro Dalam Warna ‘Icelandic Frost’ Akan Dijual Bermula 21 September Pada Harga RM2,299 336

Hari ini HONOR Malaysia telahpun mengumumkan penawaran warna baharu iaitu ‘Icelandic Frost’ untuk HONOR 20 Pro. Berbeza dengan warna ‘Phantom Black’ dan ‘Phantom Blue’, warna baharu ini menampilkan sentuhan warna yang lebih unik.

Bermula 21 September, HONOR 20 Pro dalam warna ‘Icelandic Frost’ akan mula dijual secara rasmi di HONOR Experience Store pada harga RM2,299. Manakala pembelian secara atas talian di hihonor dan Lazada pula akan turut menerima HONOR Band 5 secara percuma bermula 23 September 2019.

Bersempena pembukaan HONOR Experience Store di Sunway Pyramid dengan kehadiran Mira Filzah, HONOR Malaysia akan turut memberikan hadiah percuma berupa HONOR Band 5, HONOR body Fat Scale dan juga HONOR Monster Headphone II untuk setiap pembelian HONOR 20 Pro ‘Icelandic Frost’ pada 22 September 2019.

Pra-pandang HONOR 20 Pro dalam warna ‘Icelandic Frost’:

This slideshow requires JavaScript.

Spesifikasi HONOR 20 Pro:

  • Magic UI 2.1.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980
  • 8GB + 256GB
  • 6.26 inci IPS LCD FHD+
  • Kamera utama: 48MP (Sony IMX586, f/1.4) + 16MP (Super Wide Angle, f/2.2) + 8MP (Telephoto, f/2.4) + 2MP (Macro, f/2.4)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0, 3D Potrait Lighting)
  • 4000mAh (22.5W)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend