HONOR 20 Pro Akhirnya Mula Dijual Untuk Pasaran Luar China, Pra-Tempah Bermula 15 Julai Di Jerman Comments Off on HONOR 20 Pro Akhirnya Mula Dijual Untuk Pasaran Luar China, Pra-Tempah Bermula 15 Julai Di Jerman 356

HONOR sebelum ini telah melancarkan dua model terbaharunya iaitu HONOR 20 Pro dan juga HONOR 20 di China pada hujung Mei yang lalu. Namun disebabkan oleh sekatan perdagangan yang dikenakan oleh AS sebelum ini, model itu berhadapan isu untuk mendapatkan pelepasan Android.

HONOR 20 Pro merupakan antara telefon pintar yang memiliki skor DxOMark antara tertinggi dalam senarai buat masa ini.

Penantian itu bakal berakhir selepas HONOR 20 Pro yang tampil dengan nama model ‘YAL-L41’ telah berjaya memiliki pensijilan daripada Google Play pada hujung bulan Jun. Menariknya HONOR Jerman bakal menjadi antara negara global terawal yang akan menawarkan HONOR 20 Pro, selain China. Menurut tweet yang dikongsikan, sesi pra-tempah peranti itu akan bermula pada 15 Julai 2019 ini.

HONOR 20 Pro menawarkan sokongan spesifikasi yang menarik seperti dikuasakan dengan Kirin 980, storan besar 8GB + 256GB, dioperasikan dengan Magic UI 2.1, bateri 4000 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, skrin 6.26 inci FHD+, empat kamera utama beresolusi 48MP + 16MP (Super Wide Angle) + 8MP (Telephoto, 3x zum optikal) + 2MP (Macro), dan juga kamera depan 32MP.

Baca juga:

Honor 20 Pro dan Honor 20 Kini Dilancarkan Dengan Kirin 980, Magic UI 2.1 Serta Empat Kamera

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend