Honor 20 Pro Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia Comments Off on Honor 20 Pro Akan Dibawa Masuk Ke Pasaran Malaysia 222

Honor Malaysia hari ini melalui laman rasmi Facebook mereka telah mula mengacah akan membawa masuk sebuah telefon pintar baharu ke pasaran tempatan.

Menurut imej yang dikongsikan, Honor Malaysia memberi gambaran menerusi nombor ‘111’ yang mana merujuk kepada skor DxOMark Honor 20 Pro.

Seperti sedia maklum, Honor 20 Pro telah berjaya menduduki tangga ke-2 dalam carta DxOMark untuk beberapa ketika selepas dipancung oleh Samsung Galaxy S10 5G dengan skor terbaru 112.

Honor Malaysia dalam kapsyen di Facebook turut memberitahu telefon pintar yang dimaksudkan sudah berada dalam inventori dan menunggu masa untuk dipasarkan kepada pengguna di negara ini.

Seperti biasa, tiada maklumat terperinci bilakah ia mula dijual termasuk tanda harganya.

sumber

Baca juga:

HONOR 20 Pro Akhirnya Mula Dijual Untuk Pasaran Luar China, Pra-Tempah Bermula 15 Julai Di Jerman

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend