Honor 20 Lite Berharga RM949 Kini Sudah Boleh Dibeli Di Honor Experience Stores Di Seluruh Negara Comments Off on Honor 20 Lite Berharga RM949 Kini Sudah Boleh Dibeli Di Honor Experience Stores Di Seluruh Negara

Selepas dijual secara eksklusif melalui platform e-dagang Shopee, hari ini Honor Malaysia telah mengumumkan jualan rasmi Honor 20 Lite di kedai fizikal iaitu Honor Experience Stores di seluruh negara mulai 29 April 2019.

Dijual pada harga RM949, setiap pembelian Honor 20 Lite akan turut menerima beg drawstring Nike dan juga flip cover secara percuma (selagi stok masih ada). Honor 20 Lite ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Red dan juga Phantom Blue dengan sentuhan warna cerun yang sangat menarik.

Honor 20 Lite menampilkan sokongan tiga kamera dengan keupayaan mod penggambaran sudut luas mencecah sehingga 120 darjah, dan ia turut menawarkan kamera swafoto 32MP. Ia turut dikuasakan dengan cipset Kirin 710, dioperasikan dengan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, 4GB + 128GB, skrin 6.21 inci FHD+, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh.

Ulasan Honor 20 Lite:

[Ulasan] HONOR 20 Lite – Peranti Dengan Sokongan Tiga Kamera Termurah Berharga Bawah RM1,000

Baca juga:

Honor 20 Lite Akan Mula Dijual Pada Harga RM949 Secara Eksklusif Di Shopee Bermula 22 April 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend