Honor 20 Lite Akan Mula Dijual Pada Harga RM949 Secara Eksklusif Di Shopee Bermula 22 April 2019 Comments Off on Honor 20 Lite Akan Mula Dijual Pada Harga RM949 Secara Eksklusif Di Shopee Bermula 22 April 2019 205

Selepas berkongsi beberapa maklumat tentang peranti tiga kameranya, hari ini Honor Malaysia dengan rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan model Honor 20 Lite.


Honor 20 Lite menjanjikan keupayaan penggambaran tiga kamera beresolusi 24Mp (f/1.8) + 8MP (f/2.4, Ultra Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Depth Sensor) yang tersedia dengan mod penstabilan AI, fungsi pengecaman persekitaran, dan juga rakaman video gerak perlahan 480fps. Kamera swafoto pada peranti ini juga menjanjikan kualiti lebih baik dengan sokongan lensa AI 32MP (f/2.0) yang dilengkapi efek kecantikan AI.

Dari segi prestasinya pula, Honor 20 Lite telah dikuasakan dengan Kirin 710 yang turut disertakan oleh GPU Turbo 2.0, 4GB RAM, ruang storan 128GB, dan juga dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Ia juga menawarkan paparan skrin penuh 6.21 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Blue dan Phantom Red, Honor 20 Lite akan dijual pada harga RM. Ia akan dijual secara eksklusif melalui Shopee dan hihonor.com/my bermula 24 April 2019. 500 pembeli terawal akan menerima beg drawstring Nike dan juga Shopee Coins bernilai RM30.

1,000 pembelian berikutnya di Shopee akan menerima kotak hadiah Honor, dan juga Shopee Coins bernilai RM30. Manakala 50 pembeli terawal Honor 20 Lite di laman hihonor.com/my pula akan menerima kotak hadiah Honor secara percuma.

Honor 20 Lite akan dijual di Honor Experience Stores di seluruh negara bernula 26 April 2019. 500 pembeli terawal akan turut menerima beg drawstring Nike secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend