Honor 20 Dengan Kirin980, Magic UI 2.1 Dan Empat Kamera Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699 Comments Off on Honor 20 Dengan Kirin980, Magic UI 2.1 Dan Empat Kamera Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699

Hari ini Honor Malaysia dengan rasminya telah melancarkan model terbarunya dengan kemunculan Honor 20 untuk pasaran tempatan.

Honor 20 dikuasakan dengan cipset Kirin 980, dioperasikan oleh Magic UI 2.0 berasaskan Android 9.1 Pie, dan ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 6GB + 128GB. Dengan bateri berkapasiti 3750 mAh, ia oleh dicas dengan lebih pantas menggunakan Huawei SuperCharge 22.5W.

Tersedia dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.26 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel), Honor 20 menyokong kamera depan di dalam skrin beresolusi 32MP dengan ciri 3D Portrait Lighting. Manakala sensor pengimbas cap jari diintegrasikan di dalam butang kuasa fizikal.

Keupayaan penggambarannya yang menjadi fokus utama Honor 20 telah menawarkan empat kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586) + 16MP (Super Wide Angle) + 2MP (Depth sensor) + 2MP (Macro).

Honor 20 tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Black atau Sapphire Blue, dan ia akan dijual pada harga RM1,699.

Pra-tempah Honor 20 akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM500. Antara hadiah yang disertakan adalah beg galas Honor, pembesar suara terbaru Honor SoundStone, dan jam tangan kecergasan Honor Band 4. Namun begitu, tarikh pra-tempah akan diumumkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend