Honor 10i Buat Kemunculan Awal Di Rusia Dengan Sokongan Cipset Kirin 710 Dan Tiga Kamera Comments Off on Honor 10i Buat Kemunculan Awal Di Rusia Dengan Sokongan Cipset Kirin 710 Dan Tiga Kamera

Honor juga nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model kelas pertengahannya tidak lama lagi, apabila Honor 10i dilihat telah membuat kemunculan rasminya di laman sesawang Honor di Rusia.

Dengan rekaan takuk kecil pada skrin berukuran 6.21 inci FHD+, Honor 10i menjanjikan keupayaan penggambaran swafoto dengan bantuan AI pada lensa beresolusi 32MP. Sokongan tiga kamera utama pada peranti ini juga sangat membantu kerana ia dilengkapi lensa 24MP + 8MP + 2MP dengan mod penggambaran Ultra Wide-angle dan juga rakaman video 480fps.

Dari segi prestasi pula ia tersedia dengan Kirin 710, memori 4GB + 128GB, dioperasikan oleh EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga menawarkan sokongan teknologi GPU Turbo 2.0 untuk kelancaran grafik ketika bermain permainan mudah alih. Namun begitu, bateri berkapasiti 3400 mAh pada Honor 10i hanya boleh dicas menggunakan port microUSB.

Honor 10i tampil dalam tiga warna pilihan iaitu merah, biru dan hitam. Harga dan tarikh ketersediaan ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend