Honor 10 Terima GPU Turbo Mulai 17 Ogos Dan Miliki Hadiah Bernilai RM500 Melalui Promosi Tempoh Terhad Comments Off on Honor 10 Terima GPU Turbo Mulai 17 Ogos Dan Miliki Hadiah Bernilai RM500 Melalui Promosi Tempoh Terhad

Di dalam majlis pelancaran honor Play yang berlangsung pada awal bulan Ogos yang lalu, honor Malaysia turut mengumumkan bahawa pemilik honor 10 akan menerima kemas kini GPU Turbo pada bulan ini. Nampaknya janji itu telah dikotakan apabila honor Malaysia hari ini telah mengesahkan ketersediaan kemas kini GPU Turbo untuk honor 10 bermula 17 Ogos 2018 (Jumaat) nanti.

Lebih menariknya jika anda bercadang untuk memiliki honor 10, honor Malaysia kini mengadakan promosi istimewa esok iaitu pada 16 Ogos 2018 (9 pagi). Setiap pembelian honor 10 pada hari tersebut akan turut menerima hadiah edisi terhad bernilai RM500 secara percuma.

Walau bagaimanapun hadiah ini hanya eksklusif untuk pembelian yang dibuat melalui Hihonor dan Shopee sahaja. Sebanyak 200 unit hadiah percuma akan ditawarkan iaitu 100 unit untuk pembeli di Hihonor dan 100 unit lagi untuk pembeli di Shopee.

Hadiah Edisi Terhad yang ditawarkan untuk pembelian honor 10*:

  1. Travel kit – 1 unit (Hihonor & Shopee)
  2. Fon kepala Bluetooth AM61 – 1 unit (Hihonor & Shopee)
  3. Sarung pelindung jenis flip –1 unit (Hihonor & Shopee)
  4. Baucar PUBG Mobile – 1 unit (Hihonor & Shopee)
  5. Baucar – RM100 untuk pembelian seterusnya (Hihonor) & 5% pulangan tunai (Shopee)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend