Honor 10 Menampilkan Rekaan Skrin Mirip Seperti Siri Huawei P20 Dengan Pemproses Kirin 970 Comments Off on Honor 10 Menampilkan Rekaan Skrin Mirip Seperti Siri Huawei P20 Dengan Pemproses Kirin 970

Sebelum ini telah tertiris di Internet berhubung satu majlis pelancaran global yang akan diadakan pada 15 Mei nanti bertempat di London, dan rata-rata berpendapat ia bakal menyaksikan pelancaran rasmi model Honor 10.

Melalui pendedahan yang diperolehi dari laman rasmi TENAA di China, akhirnya rekaan dan juga spesifikasi Honor 10 ini sudah boleh disahkan tanpa ragu-ragu. Berdasarkan maklumat yang diterima, Honor 10 akan menyaksikan rekaan paparan skrin dengan takuk (notch) yang pertama dari Honor, dan ia kelihatan mirip seperti rekaan yang digunakan pada siri Huawei P20.

Honor 10 dikatakan akan menyokong paparan skrin 2.5D berukuran 5.84 inci dari panel LTPS LCD dengan resolusi 2280 x 1080 piksel. Ia juga akan dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970, dioperasikan oleh EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, dua pilihan storan iaitu 64GB + RAM 4GB ataupun 128GB + RAM 6GB, dan juga bateri berkapasiti 3320 mAh.

Honor 10 dalam warna Teal.

Berbeza dengan siri Huawei P20, rekaan kamera Honor 10 kelihatan melintang dengan sokongan dwi kamera beresolusi 20 Megapiksel + 24 Megapiksel. Malah ia turut dilengkapi dengan teknologi kamera AI (Kecerdasan Buatan) yang mampu mengenal pasti subjek dan juga persekitaran dan secara automatik akan memilih mod yang bersesuaian. Kamera hadapannya juga sama seperti siri P20 dengan sokongan kamera 24 Megapiksel.

Honor 10 dalam warna Black.

Honor 10 akan diperkenalkan tiga warna pilihan iaitu Black, Teal dan satu warna istimewa iaitu Blue yang hadir dalam dua tona warna menarik antara gabungan biru dan merah jambu. Walaupun buat masa ini tiada maklumat berhubung harga jualannya, tetapi ia sudah tentunya akan dijual pada harga lebih murah berbanding Huawei P20.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend