Honor 10 Lite Kini Rasmi – Peranti Swafoto 24MP Berharga Di Bawah RM800 0 332

Seperti yang dijanjikan, Honor 10 Lite kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ia merupakan telefon pintar di bawah segmen pertengahan yang memiliki tanda harga yang kompetitif.

Telefon pintar ini didatangkan dengan dua harga yang berbeza, RM749 untuk versi storan 32GB, RM799 untuk versi storan 64GB. Terdapat dua pilihan warna untuk storan rendah iaitu Midnight Black dan Sky Blue, sementara untuk storan tinggi pula adalah Sapphire Blue dan Shiny Red.

(dari kiri) Midnight Black, Sky Blue, Sapphire Blue, dan Shiny Red

Honor 10 Lite dilengkapi skrin bersaiz 6.21-inci beresolusi HD penuh+ dengan nisbah 90% skrin-ke-kerangka. Walaupun diletakkan pada harga yang rendah, peranti ini tetap mendapat cip pemproses yang terkini, Kirin 710. Kapasiti memori pula adalah sebesar 3GB RAM serta dipadankan dengan bateri 3400mAh.

Apa yang menjadi imej tumpu adalah kamera depan telefon pintar ini dimuatkan sensor 24MP yang boleh merakam gambar berbentuk swafoto yang menarik. Ia juga menempatkan dwi kamera belakang 13MP + 2MP dengan bantuan sistem AI untuk mengambil gambar gelap dalam keadaan kemas.

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar ini pada harga yang lebih rendah, Lazada dan HiHonor turut mengadakan prmosi awal tahun pada harga RM699 bermula esok, jam 10 pagi, 9 Jan 2019.

Pada masa sama, Honor turut melancarkan gelang pintar Honor Band 4 dan Honor Band 4 Training. Dua gelang pintar ini boleh didapati pada harga RM149 dan RM79 seutas.

Honor Band 4 dan Honor Band 4 Training (kanan)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend