Honor 10 Lite Dilancarkan Di China Dengan Kirin 710, Skrin 6.21″ FHD+ Dan Dwi Kamera Comments Off on Honor 10 Lite Dilancarkan Di China Dengan Kirin 710, Skrin 6.21″ FHD+ Dan Dwi Kamera

Honor telahpun melancarkan model terbaharunya iaitu Honor 10 Lite untuk pasaran di China dan akan dijadualkan akan dijual bermula 27 November nanti. Sebagaimana nama model yang digunakannya, ia merupakan varian lebih mampu milik untuk model Honor 10 yang sebelum ini dilancarkan pada awal tahun yang lalu.

Honor 10 Lite atau turut dikenali sebagai Honor 10 Youth Edition ini menampilkan skrin IPS LCD berukuran 6.21 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel) degan rekaan takuk kecil mirip seperti Honor 8X. Ia turut dikuasakan dengan pemproses 12nm pertama daripada Huawei iaitu Kirin 710 yang menjanjikan prestasi lebih baik berbanding Kirin 659 (16nm).

Honor 10 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 3320 mAh , dioperasikan dengan EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie), kamera swafoto 24MP, dan juga dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP. Terdapat empat warna ditawarkan iaitu Gradient Red, Gradien Blue, Magic Night Black, dan juga Lily White Valley.

Varian 4GB + 64GB akan dijual pada harga CNY1,399 (kira-kira RM845), manakala varian 6GB + 64GB pula berharga CNY1,699 (kira-kira RM1,026), dan varian tertinggi iaitu 6GB + 128GB boleh dimiliki pada harga CNY1,899 (kira-kira RM1,147).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend