Honor 10 Lite Catat Jualan Empat Angka Dalam Masa 3 Jam Di Malaysia 0 360

Sebanyak 1200 unit Honor 10 Lite berjaya dijual dalam tempoh tiga jam dalam kempen promosi jualan pertama semalam. Kejayaan memberansangkan ini telah diumumkan pihak Honor Malaysia sebentar tadi.

Jika anda mengikuti perkembangan TeknoRatz, dua hari lepas kami ada bawakan artikel mengenai pelancaran Honor 10 Lite di negara ini. Peranti tersebut telah ditawarkan pada harga RM699 untuk tempoh satu hari bermula jam 10 pagi, 9 Jan 2019.

Namun begitu, jika anda terlepas untuk mendapatkan tawaran tempoh hari, anda masih lagi boleh mendapatkan peranti ini pada harga yang berpatutan. Honor 10 Lite dijual pada harga RM749 untuk storan 32GB, sementara RM799 untuk storan 64GB.

Mungkin ada yang menganggap storan yang ditawarkan tidak mencukupi, tetapi tidak mengapa kerana Honor memberitahu peranti ini mampu menyokong kad microSD sehingga 512GB. Peranti turut dilancarkan dengan dengan memori 3GB RAM serta cip pemproses terkini Kirin 710.

Selain daripada itu, Honor 10 Lite juga menyediakan kamera swafoto sebesar 24MP yang mana dilihat paling besar untuk peranti di bawah RM800 setakat ini. Jangan lupa, ia juga dikeluarkan dalam pilihan warna yang menarik yang sesuai bagi pengguna milenial masa kini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend