Honor 10 Kini Mula Menerima Teknologi GPU Turbo Dalam Versi Beta Comments Off on Honor 10 Kini Mula Menerima Teknologi GPU Turbo Dalam Versi Beta

Teknologi GPU Turbo merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh honor untuk peranti keluarannya bagi memastikan prestasi permainan yang jauh lebih berkuasa dan dalam masa yang sama efisien terhadap penggunaan tenaga bateri. Sebelum ini, Huawei dan juga honor telah berkongsi senarai penuh peranti keluaran mereka yang akan menyokong GPU Turbo dan honor 10 merupakan salah satu daripadanya.

Bermula dari 21 Jun hingga 26 Jun 2018 ini, honor telah mula membuka pendaftaran untuk pemilik model honor 10 untuk mencuba sendiri GPU Turbo pada peranti mereka melalui penawaran versi beta. Seramai 2,000 pemilik honor 10 akan dipilih untuk menyertai kumpulan pertama bagi mencuba teknologi ini dan kemas kini GPU Turbo itu akan mula diterima mulai 28 Jun 2018 nanti.

Walau bagaimanapun, buat masa ini hanya tiga model honor 10 sahaja yang boleh menyertai program ini iaitu COL-AL10 (128GB), COL-AL10 (64GB) dan juga COL-TL10. Ini bermakna pemilik honor 10 di Malaysia dengan model COL-L29 masih belum boleh mencuba kehebatan GPU Turbo versi beta buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend