Honor 10 Kini Dilancarkan, Sokong Spesifikasi Setanding Huawei P20 Tetapi Pada Harga Lebih Murah! Comments Off on Honor 10 Kini Dilancarkan, Sokong Spesifikasi Setanding Huawei P20 Tetapi Pada Harga Lebih Murah!

Honor sememangnya memiliki pengikutnya yang tersendiri kerana ia kebiasaannya hadir dengan sokongan spesifikasi yang baik, tetapi masih dijual pada harga yang lebih mampu milik.

Honor 10 menampilkan rekaan moden yang sangat bergaya.

Baru beberapa hari yang lepas kami ada berkongsi berita tentang ketirisan reka bentuk Honor 10, nampaknya model ini akhirnya telah dilancarkan secara rasmi di Shanghai, China. Dari segi rekaan, Honor 10 hadir dengan rekaan yang tidak jauh berbeza dengan Huawei P20 kerana ia menyokong paparan skrin 5.84 inci LCD beresolusi 2280 x 1080 piksel dan hadir dengan takuk pada bahagian atasnya. Manakala bahagian bawah paparan skrin pula tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Takuk pada skrin boleh disembunyikan sama seperti siri Huawei P20.

Sama seperti flagship Huawei P20, Honor 10 juga turut menyokong pemproses AI dari HiSilicon Kirin 970, RAM 6GB, dua pilihan storan iaitu 64GB atau  128GB, bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge (5V4.5A), dan juga kamera hadapan beresolusi 24 Megapiksel.

Dwi kamera utama dengan sokongan AI mampu mengenal pasti sehingga 22 objek atau persekitaran berbeza.

Rekaan panel belakang Honor 10 juga diperbuat daripada kaca tetapi kedudukan dwi kameranya diletakkan secara melintang berbanding konfigurasi menegak pada Huawei P20. Walaupun tidak dilengkapi dengan lensa daripada LEICA, hasil penggambaran dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel (RGB, Aperture f/1.8) + 24 Megapiksel (Monokrom) pada Honor 10 turut menyokong ciri penggambaran AI untuk mengenal pasti sehingga 22 objek atau persekitaran berbeza.

Honor 10 ditawarkan dalam dua varian dan akan mula dijual di China mulai 27 April 2018 ini.

Honor 10 akan mula dijual pada 27 April 2018 untuk pasaran di China, model 64GB + RAM 6GB akan dijual pada harga CNY2,599 (kira-kira RM1,616) dan model 128GB + RAM 6GB pula dijual pada harga CNY2,999 (kira-kira RM1,865).

Terdapat lima pilihan warna iaitu Mirage Purple, Mirage Blue, Magic Night Black, Gray Gull.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend