Honor 10 GT Kini Diperkenalkan Dalam Warna Baharu Lily White Comments Off on Honor 10 GT Kini Diperkenalkan Dalam Warna Baharu Lily White

Model honor 10 GT yang merupakan versi peningkatan untuk model honor 10 dengan sokongan RAM 8GB dan juga dilengkapi teknologi GPU Turbo ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan lepas. Jika sebelum ini honor 10 GT hanya diperkenalkan dalam empat warna pilihan iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black, dan Glacier Grey.

Baru-baru ini honor telah membawakan satu lagi warna baharu untuk honor 10 GT dalam warna Lily White yang tampil dalam warna putih dengan efek pelbagai warna mirip seperti mutiara. Apabila ia dipegang pada sudut tertentu, terdapat beberapa efek warna akan kelihatan iaitu hijau pudar dan juga merah pudar.

honor 10 GT dilengkapi dengan paparan skrin 5.84 inci FHD+, dikuasakan dengan Kirin 970, ruang storan sebesar 128GB, dwi kamera utama 24MP + 16MP, kamera hadapan 24MP, dioperasikan oleh EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, dan juga menyokong bateri berkapasiti 3400 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend