Honkai Impact 3 Kini Boleh Dimuat Turun Di Huawei AppGallery Dengan Ganjaran Istimewa Comments Off on Honkai Impact 3 Kini Boleh Dimuat Turun Di Huawei AppGallery Dengan Ganjaran Istimewa

Permainan aksi 3D yang paling laris di Asia Tenggara iaitu Honkai Impact 3 kini telahpun diperkenalkan dalam versi terbaharu iaitu v2.9 (Spring Flurry). Apa yang menariknya, kini pemilik peranti Huawei dan Honor sudahpun boleh memuat turunnya melalui aplikasi Huawei AppGallery.

Bagi meraikan pelancaran permainan ini di Huawei AppGallery, Huawei dan miHoYo telah menawarkan ganjaran istimewa untuk penggunanya dengan pemberian hadiah percuma. Kesemua peminat yang telah memuat turun Honkai Impact 3, layak untuk menebus Honkai Impact Gift Pack menerusi Huawei AppGallery Gift Center.

Huawei AppGallery merupakan kedai aplikasi rasmi pra-pasang pada semua peranti Huawei dan Honor di lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia. Huawei AppGallery juga menjadi kedai aplikasi pertama di dunia yang memperkenalkan Developer Real-name Verification dengan mekanisma pengecaman 4-lapisan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend