HongMeng OS Tidak Akan Diabaikan Malah Akan Lebih Baik Berbanding Android Dan MacOS Comments Off on HongMeng OS Tidak Akan Diabaikan Malah Akan Lebih Baik Berbanding Android Dan MacOS 308

Walaupun Presiden Trump telah menarik semula sekatan terhadap HUAWEI dan membenarkan semula urus niaga dengan syarikat di A.S, syarikat China ini dalam kenyataan terbarunya memaklumkan HUAWEI tidak akan mengabaikan pembangunan HongMeng OS. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Pengasas HUAWEI sendiri, Ren Zhenfei dalam temu bual bersama majalah Perancis, Le Point.

Memetik dari sumber, eksekutif berusia 75 tahun ini turut mengatakan sistem operasi HUAWEI akan digunakan pada suiz rangkaian seperti penghala (router), pusat data, dan telefon pintar. Dalam erti kata lain, ia lebih kurang serupa dengan Google Fuchsia OS.

Ren Zhengfei, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI

Ren mendakwa sistem operasi tersebut akan berfungsi lebih pantas berbanding Google Android OS malah beliau turut merujuk kepada MacOS yang mana HongMeng juga akan digunakan pada komputer dan komputer riba. Katanya, HongMeng OS mempunyai kelewatan memproses kurang daripada lima milisaat.

Sebelum ini, kita telah mendengar khabar angin bahawa sistem operasi keluaran syarikat telekomunikasi terbesar China ini dipercayai 60 peratus lebih pantas berbanding sistem operasi milik Google. Selain daripada itu, mereka juga dilaporkan telah mengedarkan lebih 1 juta peranti dengan HongMeng OS kepada beberapa buah negara untuk tujuan ujian.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada HUAWEI berkenaan telefon pintar siri Mate 30, adakah ia bakal menggunakan HongMeng OS atau kekal menggunakan Android.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend