Honda Malaysia Memanggil Semula 9,998 Unit Honda Accord 2.0L (2003-2007) Untuk Penukaran Beg Udara Comments Off on Honda Malaysia Memanggil Semula 9,998 Unit Honda Accord 2.0L (2003-2007) Untuk Penukaran Beg Udara

Hari ini Honda Malaysia telah mengumumkan untuk memanggil semula 9,998 unit Honda Accord 2.0L model tahun 2003 hingga 2007 untuk penukaran kali kedua beg udara Takata. Penggantian beg udara Takata yang rosak itu akan dibuat secara percuma dan kos penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Walaupun setakat ini tiada kemalangan atau kecederaan berkaitan inflator beg udara Takata pada Accord 2.0L model tahun 2003-2007 yang dilaporkan di Malaysia, ia perlu ditukar sebagai langkah pencegahan. Honda Malaysia turut menyarankan supaya pemilik model terlibat untuk membuat penukaran secepat yang mungkin kerana sarung inflator beg udara yang rosak boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Setakat 21 April 2019, Honda Malaysia telah melaksanakan lebih daripada 243,720 unit penggantian inflator beg udara Takata untuk bahagian pemandu, iaitu mencecah hampir 92%. Manakala jumlah inflator beg udara penumpang mencapai 527,480 unit atau bersamaan 89%.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend