HMS Tawar Pelbagai Hadiah Dan Ganjaran Sempena ‘AppGallery Festival’ – 1 Hingga 31 Januari 2020 Comments Off on HMS Tawar Pelbagai Hadiah Dan Ganjaran Sempena ‘AppGallery Festival’ – 1 Hingga 31 Januari 2020

Bermula 1 hingga 31 Januari 2020 nanti, pemilik peranti HUAWEI boleh menikmati pelbagai hadiah dan ganjaran seperti baucar daripada rakan aplikasi terpilih, HUAWEI Points, dan juga telefon pintar HUAWEI terpilih. Tawaran tempoh terhad ini dianjurkan oleh HUAWEI Mobile Services (HMS) bersempena ‘AppGallery Festival’.

Tampil dengan tema ‘New Year, New Start’, AppGallery Festival akan menawarkan pelbagai tawaran daripada aplikasi popular termasuklah Agoda, Lazada, SHAREit, VIU, CARiNG, dahmakan, Fave, Tonton, dan juga 988. Festival ini merangkumi tiga promosi utama seperti berikut:

  • ‘Download Apps & Get HUAWEI Points’
    • Pengguna akan menerima 5 HUAWEI Points bernilai RM5 dengan memuat turun aplikasi terpilih di AppGallery sepanjang tempoh promosi. Di Malaysia terdapat 16 aplikasi mengambil bahagian dalam festival ini, yang mana membolehkan pengguna menebus sehingga 80 HUAWEI Points. Poin yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat pembelian dalam aplikasi di AppGallery, Themes, Mobile Cloud dan banyak lagi.
  • ‘Receive New Year Gifts at the Gift Center’
    • Pengguna juga boleh menebus baucar aplikasi dan juga pek hadiah daripada ‘Gift Center’ di dalam AppGallery. Pek hadiah ini termasuklah baucar membeli-belah bernilai RM20 di Lazada, langganan satu bulan percuma VIU Premium, langganan iFlix VIP selama dua bulan, langganan percuma selama tujuh hari untuk aplikasi camScanner, dan banyak lagi.
  • ‘Play Games & Win HUAWEI Smartphones’
    • Pemain permainan Guns of Glory, Jellipop Match, Mobile Royale, Rise of Kingdoms, dan Saint Seiya akan berpeluang untuk memenangi telefon pintar HUAWEI dengan pembelian items di dalam permainan dengan menggunakan HUAWEI In-App Purchase.
    • Acara ini dibahagian kepada tiga fasa dan ia terbuka untuk pemain dari Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. 30 pengguna yang membuat belian tertinggi dari keempat-empat negara akan dipilih untuk memenangi telefon pintar HUAWEI.
    • Fasa pertama yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Januari 2020 akan memenangi HUAWEI Nova 5T. Manakala hadiah telefon pintar untuk fasa kedua (8 hingga 14 Januari 2020) dan fasa ketiga (15 hingga 31 Januari 2020) akan diumumkan pada hari pertama acara berlangsung.
Pemilik peranti HUAWEI dan HONOR sebelum ini boleh menebus pelbagai ganjaran menarik di HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/appgallery-festival/

Baca juga:

Pelanggan DiGi, Hotlink, Maxis Dan U Mobile Kini Boleh Membuat Pembelian Dalam Aplikasi Di Huawei AppGallery

Pengguna Huawei Dan Honor Boleh Tebus Hadiah Krismas Di Huawei AppGallery

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend