HMD Global Umum Dua Telefon Baharu – Nokia 125 Dan Nokia 150 Comments Off on HMD Global Umum Dua Telefon Baharu – Nokia 125 Dan Nokia 150

Dua telefon bimbit terbaru daripada HMD iaitu Nokia 125 dan Nokia 150 telah dilancarkan hari ini, menampilkan telefon dengan skrin 2.4-inci QVGA berbadankan plastik polikarbonat. Kedua-duanya menjalankan platfom Series 30+ dan dilengkapi sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm, Bluetooth, radio RM, serta hayat bateri yang panjang.

Nokia 150 mempunyai ciri tambahan seperti pemain MP3, kamera VGA dengan flash, dan menyediakan dulang kad microSD yang menyokong sehingga 32GB storan tambahan. Kedua-dua telefon ini hadir dengan bateri yang boleh dicabut sebesar 1020mAh yang mana menjanjikan waktu berbual sehingga 19.4 jam atau masa menunggu selama 23 hari.

Nokia 125 didatangkan dengan pilihan warna hitam dan putih pada harga US$24 (~RM104) manakala Nokia 150 pula berharga US$29 (~RM126) dengan pilihan warna iaitu merah, sian, dan hitam.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend