HMD Global Mungkin Memperkenalkan Fon Telinga Seakan AirPods Dalam Masa Terdekat Comments Off on HMD Global Mungkin Memperkenalkan Fon Telinga Seakan AirPods Dalam Masa Terdekat

Apple AirPods merupakan fon telinga benar-benar tanpa wayar yang paling laris dijual seantero dunia. Ramai pengguna telah memberi maklum balas positif selepas memiliki AirPods, walaupun harganya agak tinggi tetapi keupayaannya tidak dapat ditandingi.

Oleh kerana itu, HMD Global juga berhasrat untuk memperkenalkan AirPods mereka tersendiri dalam masa yang terdekat. Buat masa ini, ada sumber tertiris HMD Global akan tampilkan Nokia True Wireless Earbuds V1 kepada orang ramai untuk memberi saingan kepada produk Apple. Jadi, di sini kita mungkin akan melihat produk daripada Nokia dijual pada harga yang boleh diterima akal – dilaporkan sekitar €108 (~RM515).

Fon telinga ini mungkin jelmaan semula Samsung Gear Icon X yang diubah kepada jenama Nokia. Sementara itu, syarikat Finland ini juga akan memperkenalkan satu lagi model yang lebih murah pada harga sekitar €30 (~RM143). Tetapi, fon telinga ini memiliki wayar yang mungkin dinamakan sebagai Nokia Active Wired Earphone V2.

Khabarnya, dua produk audio ini akan diumumkan bersama Nokia 7.1 dan Nokia 7.1 Plus yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 710 serta paparan skrin bertakuk seperti Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus minggu lalu.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend