HMD Global Lanjutkan Kemas Kini Keselamatan Untuk Model Nokia 3, 5, 6 Dan 8 Sehingga Tahun 2020 Comments Off on HMD Global Lanjutkan Kemas Kini Keselamatan Untuk Model Nokia 3, 5, 6 Dan 8 Sehingga Tahun 2020 213

Di bawah naungan HMD Global, Nokia 2, 3, 5, 6 dan 8 yang telah dioperasikan dengan platform Android telah diperkenalkan di pasaran sepanjang tahun 2017 yang lepas. Menampilkan antaramuka Android asli, kesemua model ini telah disahkan akan menerima dua tahun kemas kini utama Android dan juga dua tahun kemas kini keselamatan Android.

Jika diambil kira tempoh masa kesemua peranti ini berada di pasaran, tahun 2019 ini merupakan tahun terakhir untuk kesemua model yang dinyatakan di atas akan menerima kemas kini keselamatan Android. Namun begitu, melalui pengumuman yang telah dibuat melalui laman komuniti rasmi Nokia, empat daripada model tersebut akan terus menerima kemas kini keselamatan untuk tempoh setahun lagi.

Perancangan ketersediaan kemas kini keselamatan secara suku tahunan:

  • Nokia 3 – bermula Oktober 2019 hingga September 2020
  • Nokia 5 – bermula Oktober 2019 hingga Oktober 2020
  • Nokia 6 – bermula Oktober 2019 hingga Oktober 2020
  • Nokia 8 – bermula Oktober 2019 hingga Oktober 2020

Manakala untuk model Nokia 2 pula, kemas kini keselamatan Android terakhir yang akan diterima adalah sehingga bulan November 2019 nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend