HMD Global Dipercayai Akan Menggunakan Nama ‘Nokia 9 PureView’ Untuk Peranti Mercunya Comments Off on HMD Global Dipercayai Akan Menggunakan Nama ‘Nokia 9 PureView’ Untuk Peranti Mercunya

Mungkin ramai di antara pembaca sudah sedia maklum bahawa Nokia sebelum ini pernah dilaporkan akan hadir dengan peranti mercu terbaharunya melalui kemunculan Nokia 9. Bahkan ada pihak sebelum ini telah mendedahkan rekaan awal prototaip Nokia 9 yang memperlihatkan sokongan lima lensa dengan konfigurasi kamera yang agak unik.

Ketirisan imej prototaip Nokia 9 sebelum ini memperlihatkan sokongan lima kamera dengan susunan yang agak unik.

Malah berdasarkan khabar angin yang terkini, HMD Global juga telah didakwa akan memfokuskan aspek penggambaran dengan sokongan empat kamera utama pada Nokia 9. Walaupun pihak HMD Global langsung tidak mengesahkan segala ketirisan berhubung peranti berkenaan, baru-baru ini pihaknya baru sahaja berjaya mendapatkan tanda dagangan ‘PureView’ untuk peranti keluarannya pada masa akan datang.

Perkara ini telah disahkan lagi oleh Roland Quandt melalui perkongsian Twitter miliknya, yang mana mendedahkan bahawa HMD Global akan menggunakan nama ‘Nokia 9 PureView’ untuk peranti mercu keluarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend