HMD Global Dedah Punca Kelewatan Android Oreo Untuk Nokia 2 Dan Menjanjikan Dua Pilihan Kemas Kini Comments Off on HMD Global Dedah Punca Kelewatan Android Oreo Untuk Nokia 2 Dan Menjanjikan Dua Pilihan Kemas Kini

Baru-baru ini HMD Global telah mengumumkan senarai penerimaan kemas kini Android 9.0 Pie untuk telefon pintar keluarannya, namun jika diperhatikan Nokia 2 tidak pula berada dalam senarai tersebut. Selepas diajukan soalan berhubung penerimaan kemas kini untuk model tersebut, Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk HMD Global akhirnya telah mendedahkan punca kelewatan kemas kini untuk Nokia 2.

Melalui perkongsian di Twitter, Nokia 2 yang dioperasikan dengan Android Nougat tampil dengan sokongan 1GB RAM telah diperkenalkan sebelum Google mengambil pendekatan untuk memindahkan kesemua peranti dengan 1GB RAM ke platform Android Go. Jadi agak mustahil untuk menawarkan kemas kini Android Oreo berasaskan platform Android Go untuk Nokia 2.

Tambahnya lagi, HMD Global kini sedang giat bekerjasama dengan Google dan Qualcomm untuk menawarkan kemas kini Android Oreo untuk peranti tersebut. Tetapi memandangkan sistem fail Android Oreo lebih kompleks berbanding Android Nougat, ia secara tidak langsung akan mengurangkan kelancaran pengoperasian.

Disebabkan oleh itu, HMD Global akan menjanjikan dua pilihan kemas kini untuk pemiliki Nokia 2 iaitu terus kekal dengan Android Nougat dengan prestasi UI lebih baik, ataupun menaik taraf ke Android Oreo dengan fungsi baharu. Penawaran kemas kini tersebut akan diberikan melalui laman web rasmi Nokia.

Spesifikasi Nokia 2:

  • Android 7.1.1 Nougat
  • Qualcomm Snapdragon 212
  • 1GB + 8GB
  • 5.0 inci LTPS HD (1280 x 720 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 3
  • Kamera utama: 8MP / Kamera depan: 5MP
  • 4100 mAh
  • IP52
  • 4G LTE (Cat. 4), WiFi 802.11n, Bluetooth v4.1, microUSB

Baca juga:

HMD Global Umum Lapan Model Nokia Yang Akan Terima Kemas Kini Android 9.0 Pie

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend