HMD Global Berkongsi Tarikh Pelancaran Nokia 9 PureView – Peranti Dengan Penta-Kamera Comments Off on HMD Global Berkongsi Tarikh Pelancaran Nokia 9 PureView – Peranti Dengan Penta-Kamera 743

Tempoh hari HMD Global telah mengeluarkan poster pelancaran Nokia 9 PureView yang akan berlangsung pada 24 Feb depan. Pelancaran ini sebenarnya akan diadakan di acara MWC 2019 yang akan bermula pada 25 Feb hingga 28 Feb 2019.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Barcelona telah menjadi lokasi kepada pelancaran Nokia 9 PureView. Telefon pintar Nokia ini akan diperkenalkan kepada umum buat kali pertama dengan konfigurasi lima kamera. Ia juga dipadankan skrin tanpa takuk tetapi berlubang untuk kamera depan.

Jadi, adakah anda sebahagian daripada peminat setia Nokia yang tidak sabar untuk menyaksikan pelancaran Nokia 9 PureView ini?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend