HMD Global Bakal Memperkenalkan Rekaan Butang Kuasa Dengan Lampu LED Notifikasi Terbina-Dalam Comments Off on HMD Global Bakal Memperkenalkan Rekaan Butang Kuasa Dengan Lampu LED Notifikasi Terbina-Dalam

Pada November 2018 yang lalu, HMD Global telah menghantar paten terhadap rekaan butang kuasa dengan sokongan lampu LED terbina-dalam yang akan berfungsi sebagai lampu notifikasi pada peranti Nokia.

Kini paten terhadap rekaan itu telahpun menerima kelulusan dan pihak HMD Global telah dilaporkan akan memperkenalkan rekaan tersebut pada telefon pintar keluarannya iaitu Nokia 210, Nokia 3.2 dan juga Nokia 4.2 yang telah didedahkan dalam acara MWC 2019 yang lalu. Melalui kelulusan paten ini, mungkin lebih banyak peranti Nokia akan diperkenalkan dengan rekaan butang kuasa dengan sokongan lampu LED notifikasi terbina-dalam pada masa akan datang.

Baca juga:

HMD Global Perkenalkan Nokia 4.2, Nokia 3.2, Nokia 1 Plus, Dan Nokia 210

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend