Hisense U30 Dengan Skrin Berlubang, Snapdragon 675, Kamera 48MP Diperlihatkan Di CES 2019 0 305

Hisense bukan sahaja mengeluarkan peralatan elektrik rumah tetapi juga telefon pintar. Terkini di CES 2019, Hisense mempamerkan Hisense U30 untuk tatapan pengunjung. Ia merupakan telefon pintar dengan kamera pada lubang skrin seperti Huawei Nova 4, Honor V20, dan Samsung Galaxy A8s.

Menariknya, telefon pintar ini adalah yang pertama dijana cipset Snapdragon 675. Hisense U30 dilengkapi skrin bersaiz 6.3-inci O-infinity yang menyokong kualiti sehingga HD penuh+. Walaupun begitu, ia tidak menggunakan teknologi Samsung tetapi dibekalkan oleh Tianma dari China.

Bercerita tentang kamera, ia dibekalkan sensor 48MP Sony IMX586 untuk kamera belakang, manakala kamera kedua menggunakan sensor 5MP. Di sebelah depan pula, terdapat kamera 20MP yang menembak ke arah muka pengguna.

Bateri yang dimuatkan adalah sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.0. Daripada segi lain, ia menyediakan pengimbas cap jari dan pengecaman wajah. Sistem operasi pula didukung Vision UI berasaskan Android Pie.

Hisense U30 akan dijual di China, Rusia, dan negara Eropah terpilih bermula Mac ini dengan dua pilihan memori, 6GB+128GB dan 8GB+128GB.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend