Hasil Gambar Malam Menggunakan Realme 3 Pro Dengan Sensor Sony IMX519 Dikongsikan Comments Off on Hasil Gambar Malam Menggunakan Realme 3 Pro Dengan Sensor Sony IMX519 Dikongsikan 436

Sungguhpun Realme memfokuskan pengeluaran telefon pintar yang disasarkan untuk segmen mampu milik, peranti daripada jenama ini telah berjaya mendapat tempat di hati pengguna kerana ia menjanjikan sokongan spesifikasi dan juga fungsi yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Sebagaimana yang tertiris sebelum ini, Realme 3 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 710 dipercayai akan hadir dengan kamera utama 16MP yang menggunakan sensor Sony IMX519, sama seperti yang digunakan oleh OnePlus 6T. Menariknya CEO Realme sendiri baru-baru ini telah berkongsi hasil gambar yang diambil pada waktu malam menggunakan Realme 3 Pro.

Bahkan pada awal April 2019 yang lalu juga, Madhav Sheth juga turut dilihat berkongsi beberapa keping gambar yang diambil menggunakan peranti itu di sekitar stadium Delhi University. Menariknya lokasi yang sama bakal menyaksikan majlis pelancaran rasmi Realme 3 Pro yang telah akan berlangsung pada 22 April 2019 nanti.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dikhabarkan Akan Dikuasakan Oleh Snapdragon 710, Kamera Sony IMX519 dan 6GB RAM

Realme 3 Pro Sah Akan Dilancarkan Pada 22 April 2019 Nanti

Aplikasi Penanda Aras Geekbench Mengesahkan Sokongan Snapdragon 710 Pada Realme 3 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend