Hasil Gambar Kamera Google Pixel 4a Dibandingkan Dengan Redmi Note 7 Comments Off on Hasil Gambar Kamera Google Pixel 4a Dibandingkan Dengan Redmi Note 7

Berdasarkan ketirisan yang dikatakan diterima daripada salah satu dokumentasi dalaman di Vodafone, Google Pixel 4a dipercayai akan dilancarkan secara rasmi di negara itu pada 22 Mei nanti.

Menariknya individu yang sebelum ini telah memuat naik video Google Pixel 4a pada Mac yang lalu, kini sekali lagi telah mendedahkan pula hasil gambar yang diambil menggunakan kamera Google Pixel 4a dalam persekitaran kurang pencahayaan dan juga penggambaran outdoor.

Apa yang menarik perhatian, hasil gambar Google Pixel 4a dengan resolusi 12MP itu telah dibandingkan dengan kamera 48MP yang disokong oleh model Redmi Note 7.

Google Pixel 4a sebelum ini dikhabarkan akan hadir dengan skrin OLED 5.81 inci FHD+, 6GB + 64GB, dan juga bateri berkapasiti 3080mAh dengan pengecasan pantas 18W.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend