Hasil Gambar Huawei Mate 20 Pro Dari Tangan Kami 0 390

Seperti yang dijanjikan, ini adalah hasil gambar daripada peranti ulasan Huawei Mate 20 Pro. Gambar-gambar diambil merangkumi hasil daripada kamera depan dan juga belakang.

Baca ulasan: Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Lensa Standard

Lensa standard ini ditetapkan kepada 10 Megapiksel sebaik aplikasi kamera dibuka. Selepas kemas kini EMUI terbaru, pengguna perlu ke ruangan tetapan untuk mengaktifkan fungsi Master AI – berbanding generasi terdahulu yang diaktifkan secara automatik terus daripada kotak.

Lensa ultralebar

Huawei Mate 20 Pro ialah peranti pertama Huawei yang hadir dengan kamera bersudut lebar. Pengguna perlu memicit skrin semasa menghalakan kamera kerana secara asal kamera ini ditetapkan kepada lensa standard. Mod ini membuatkan kami berasa senang kerana tidak perlu lagi berganjak jauh untuk mengambil gambar bersudut luas.

Lensa Telefoto

Sistem pengezuman optikal pada peranti ini menyokong sehingga 5x berbanding 3x pada peranti P20 Pro. Jika pengezuman dibuat sehingga 10x, kamera ini secara automatik akan memadam bantuan optikal sekaligus mengaktifkan bantuan digital.

Lensa Makro

Bagi yang belum tahu, gambar makro ialah gambar yang boleh dirakam secara dekat. Untuk peranti ini, Huawei telah tetapkan jarak yang paling dekat ialah sebanyak 2.5cm, sekaligus menjadikan ia peranti berkamera pertama yang membawa sokongan sebegini.

Lensa Malam

Night bukan ciri yang baharu malah ia telah diperkenalkan pada siri P yang lalu. Setelah melakukan beberapa rakaman, kami mendapati hasil yang diberikan agak baik namun begitu kami lebih kagum dengan peranti P20 Pro. Ini kerana P20 Pro hadir dengan sensor kamera hitam/putih yang membolehkan gambar gelap serta cahaya samar digabungkan dengan lebih kemas.

Lensa 10MP melawan 40MP

Resolusi kamera 40MP menjanjikan gambar yang lebih terperinci dan secara teorinya gambar akan lebih cantik. Kami telah mencuba mengambil dua gambar yang berbeza dan mendapati gambar daripada 40MP tidak pecah selepas di-zum. Pemandangannya juga nampak lebih natural tanpa warna yang keterlaluan. Sementara gambar pada 10MP pula, ia mula pecah selepas di-zum secara dekat tetapi daripada segi warna ia nampak lebih menonjol. Ini kerana tetapan pada 10MP dikuasakan penggambaran AI yang tidak boleh didapati pada resolusi 40MP.

Lensa Swafoto

Kami yang tidak gemar berswafoto pun berasa teruja dengan efek yang disediakan pada peranti ini, bahkan kami sendiri mencubanya dalam situasi yang mencabar (untuk kamera). Berlatar belakangkan objek dengan jarak yang berbeza, kamera ini nampaknya mengalami kesukaran untuk membezakan objek yang berada di belakang subjek utama. Namun begitu, pelbagai efek penapis dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

Beli Huawei Mate 20 Pro di: https://shop.huawei.com/my

Baca ulasan penuh Huawei Mate 20 Pro:

Huawei Mate 20 Pro – Android Paling Lengkap Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend