Hasil Gambar Dipercayai Milik Google Pixel 3 Lite Mula Dikongsikan Di Internet Comments Off on Hasil Gambar Dipercayai Milik Google Pixel 3 Lite Mula Dikongsikan Di Internet

Pada minggu lepas kami telahpun berkongsi ketirisan imej reka bentuk fizikal Google Pixel 3 Lite yang memperlihatkan sokongan kerangka plastik yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 670. Melalui sumber yang sama, baru-baru ini hasil gambar yang dipercayai diambil menggunakan kamera Google Pixel 3 Lite pula telah dikongsikan di Internet.

Indoor – mod normal
Indoor – mod potret
Indoor – mod normal

Dengan sokongan kamera tunggal 12MP yang dipercayai sama seperti siri Pixel 3 yang lain, hasil gambar yang diambil boleh dianggap agak baik kerana ia masih berjaya menghasilkan gambar yang terperinci walaupun cuaca pada ketika itu sangat mendung. Bahkan keupayaan penggambaran di dalam bilik juga kelihatan terang dan lebih istimewa ia turut menyokong mod potret walaupun memiliki hanya satu lensa.

Baca juga:

Google Pixel 3 Lite Tertiris Dengan Rekaan Kerangka Plastik Yang Dijana Oleh Qualcomm Snapdragon 670

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend