Harmony OS Diperkenalkan – Sistem Operasi Sumber Terbuka Pertama Berasaskan Mikrokernel Comments Off on Harmony OS Diperkenalkan – Sistem Operasi Sumber Terbuka Pertama Berasaskan Mikrokernel 419

Hari ini bermulanya HUAWEI Developer Conference 2019 di Dongguan, China. Ia merupakan acara yang memfokuskan kepada pembangun dan sebagai permulaan HUAWEI telah memperkenalkan HarmonyOS secara rasmi.

HarmonyOS ialah nama yang lebih komersial memandangkan sebelum ini nama HongMengOS tidak sesuai untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

HarmonyOS adalah sistem operasi yang terbuka untuk pelbagai jenis peranti malah ia merupakan sistem operasi pertama yang dikuasakan Mikrokernel.

Menurut HUAWEI, HarmonyOS telah dioptimumkan sebagai sistem yang paling pantas dan lancar jika dibandingkan dengan sistem operasi lain di pasaran.

Melaluinya, pengguna dikatakan dapat membangunkan aplikasi dengan lebih mudah untuk diserasikan dengan peranti yang sedang digunakan. Ia juga dibantu dengan integrasi IDE melalui perisian.

Kelak, HarmonyOS akan menjadi sebuah ekosistem baharu malah dengan rekaan sumber terbuka, semua pembangun dapat mengimplementasinya pada mana-mana peranti di seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend