Harman Studio Yang Pertama Malaysia Kini Dibuka Di Sunway Geo Avenue Comments Off on Harman Studio Yang Pertama Malaysia Kini Dibuka Di Sunway Geo Avenue 777

Terkenal sebagai jenama audio terkemuka dalam menawarkan produk yang berkualiti, Harman hari ini telah membuka telah membuka Harman Studio yang pertamanya di Malaysia. Terletak di Sunway Geo Avenue, Harman Studio menawarkan pelbagai pilihan produk audio daripada jenama  JBL, Harman Kardon, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel.

Majlis pelancaran Harman Studio turut dihadiri oleh Alif Satar selaku duta Harman Malaysia.

Harman Studio yang memiliki ruang pameran dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi ini bukan sahaja menjadi ruang pameran Harman terbesar di negara ini, tetapi ia juga turut menawarkan ruang pameran dengan konsep yang sangat eksklusif. Pelancaran Harman Studio yang pertama di Asia Pasifik ini juga dijangka akan mampu mengukuhkan lagi kehadiran jenama Harman di rantau ini.

Tingkat bawah ruang pameran Harman Studio menawarkan pelbagai pilihan pembesar suara mudah alih dan fon kepala/telinga keluaran Harman. Manakala ruang pameran di tingkat dua pula tersedia dengan bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah yang berkonsepkan seperti ruang tamu yang mewah.

Bersempena dengan pembukaan Harman Studio, pelanggan yang hadir boleh menikmati diskaun sehingga 95% untuk produk audio terpilih. Sehubungan dengan itu juga, Harman Studio juga telah bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria dalam menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW.

Pelanggan yang membeli kereta BMW pada hari tersebut akan turut menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM3,000. Tawaran promosi ini akan diteruskan dalam pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019 nanti.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Harman Studio, sila layari https://www.facebook.com/HotGadgetsD atau kunjungi Harman Studio beralamat di A1.01.05, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend