Hari Terakhir Untuk Menikmati Tawaran Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Peranti HUAWEI Terpilih Comments Off on Hari Terakhir Untuk Menikmati Tawaran Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Peranti HUAWEI Terpilih 128

Sebagaimana yang diketahui, HUAWEI Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan tawaran hebat iaitu jaminan waranti sehingga 2 tahun untuk model terpilih keluarannya. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya sah untuk tempoh terhad iaitu bermula 1 Julai hingga 30 September 2019.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk memiliki telefon pintar keluaran HUAWEI, hari ini merupakan hari terakhir untuk anda mendapatkan tawaran jaminan waranti tambahan tersebut. Bagi setiap pembelian peranti HUAWEI terpilih yang dibeli melalui kedai fizikal ataupun secara atas talian untuk hari ini sahaja, anda masih boleh menikmati tawaran itu dengan menebusnya melalui aplikasi HUAWEI HiCare.

Menariknya, baru-baru ini HUAWEI Malaysia baru sahaja mengumumkan ketersediaan jualan model HUAWEI P30 Pro dalam warna edisi terhad iaitu Misty Lavender dan juga Mystic Blue yang turut didatangkan dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun.

Senarai telefon pintar HUAWEI yang layak menebus jaminan waranti 2 tahun:

  • HUAWEI Nova 3i (RM799)
  • HUAWEI Nova 4e (RM999)
  • HUAWEI Nova 4 (RM1699)
  • HUAWEI Nova 5T (RM1599)
  • HUAWEI Mate 20 Pro (RM2599)
  • HUAWEI P30 (RM2299)
  • HUAWEI P30 Pro (bermula daripada RM3399)

Dapatkan jaminan waranti 2 tahun untuk peranti HUAWEI terpilih (sah untuk hari ini sahaja) di HUAWEI Online Official Store

Baca juga:

HUAWEI P30 Pro Edisi Terhad ‘Misty Lavender’ Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3399

HUAWEI P30 Pro Dalam Warna Edisi Terhad ‘Mystic Blue’ Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM3,399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend