Hari Pelancaran realme C3s Di Thailand Kini Semakin Hampir Selepas Menerima Pengiktirafan Di NBTC Comments Off on Hari Pelancaran realme C3s Di Thailand Kini Semakin Hampir Selepas Menerima Pengiktirafan Di NBTC

realme C3 sebelum ini pernah dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di Thailand selepas melepasi pengiktirafan di Suruhanjaya Penyiaran dan Suruhanjaya Kebangsaan Thailand (NBTC).

Dalam diam-diam realme dipercayai akan turut memperkenalkan satu lagi varian iaitu realme C3s yang juga akan menggunakan nombor model RMX2020. Walau bagaimanapun sama seperti realme C3, sokongan spesifikasi untuk realme C3s ini masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Apa yang pasti, realme sejak kebelakangan ini dilihat lebih gemar mengambil pendekatan untuk memperkenalkan pelbagai varian daripada satu siri yang sama. Ini jelas dapat dilihat melalui penawaran model realme 5 yang setakat ini memiliki tiga varian berbeza iaitu realme 5i, realme 5s, dan juga realme 5 itu sendiri.

Baca juga:

realme 5s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799

Realme 5i Dilancarkan Di Vietnam, Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 14 Januari Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend