Harga ‘Kasih Sayang’ Xiaomi Redmi 5 Kini Hanya RM599 Comments Off on Harga ‘Kasih Sayang’ Xiaomi Redmi 5 Kini Hanya RM599

Mi Malaysia baru sahaja melancarkan model Xiaomi Redmi 5 dan juga Xiaomi Redmi 5 Plus pada awal Februari yang lalu. Kini tidak sampai dua bulan dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan, Mi Malaysia telah mengumumkan khabar gembira buat peminat jenama ini di laman Twitter rasmi mereka berhubung penurunan harga Xiaomi Redmi 5.

Sebelum ini model Xiaomi Redmi 5 dijual pada harga RM679, kini ia telah mengalami penurunan harga sebanyak RM80 menjadikan harga jualan terbarunya kini hanya RM599 sahaja. Anda yang berminat boleh membelinya melalui stor rasmi Mi Malaysia di Lazada, dan ia ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Black, Blue dan Gold.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend