Harga Xiaomi Mi A2 Dah Kantoi Di Kedai Rasmi Lazada Iaitu RM1,199 Comments Off on Harga Xiaomi Mi A2 Dah Kantoi Di Kedai Rasmi Lazada Iaitu RM1,199

Xiaomi Mi A2 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Madrid, Sepanyol semalam, hari ini harganya pula tertiris di kedai rasmi dalam Lazada. Ya, tak sampai sehari saja diumumkan dah kantoi pula harga telefon ini.

Apa yang kami nampak Xiaomi meletakkan tanda harga sebanyak RM1,199 untuk model 6GB+128GB. Tiga warna ditawarkan ialah emas, biru, dan hitam. Selain itu, ada tawaran bayaran ansuran untuk peranti ini.

Tiada tarikh khusus bilakah ia boleh dibeli tetapi iklan ini cuba memberitahu ketersedian varian untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Macam mana pula Xiaomi Mi A2 Lite? Setelah mencari di enjin carian, kami tidak nampak kelibat versi Lite ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend